Jumaat, 7 Disember 2012

Pedoman Ejaan Jawi Yang disempurnakan (PEJYD)

Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993).  Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Za’ba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut: 
  1. Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.
  2. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.
Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan Bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi Bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun seperti di Jadual 6.1.
Huruf Jawi
Nama
Padanan Rumi
  
alifa
bab
tat
ة
ta marbutaht/h
sa [tha]s, (th)
jimj
cac
a],ha [h),h, (h
kha [khO]kh
د
dald
zal [dhal]z, (dh)
ra [rO]r
zaiz
sins
syinsy, (sh)
Od],sad [s),s, (s
Od],dad [d),d, (d
O],ta [t),t, (t
O],za [z),z, (z
ain [ain]awal: a, i, u 
akhir
: k, (‘)
ghaingh
ڠ
ngang
faf
paP
qafk, q, (q)
kafk
ڬ
gag
laml
mimm
nunn
wauw, u, o
ۏ
vav
hah
ء
hamzahawal: gugur 
akhir
: k, (’)
yay, i, e taling
ى
ye [ye]e pepet akhir
ڽ
nyny
 Jadual 6.1: Abjad Jawi, Bahasa Melayu

11 ulasan:

  1. blog ini sangat cantik..tahniah..

    BalasPadam
  2. sangat bermanfaat.. syukran ustazah!

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. tahniah ustazah, blog ini sedikit sebanyak telah membantu menambahkan ilmu pengetahuan sy.. syukran :)

    BalasPadam
  4. sangat2 bermanfaat.. terima kasih ustazah!

    BalasPadam
  5. terima kasih atas info, menambahkan ilmu pengetahuan

    BalasPadam
  6. banyak memberi info yang baharu khususnya kepada pelajar....
    teruskan menulis...

    BalasPadam
  7. kembali kepada perbincgn asal......bermanfaat

    BalasPadam
  8. syukran atas pencerahan.. teruskan menulis.. semoga berjaya ye ustazah :)

    BalasPadam
  9. assalamualikum...

    Terima kasih maklumat yang di beri, saya jumpa maklumat serupa dalam bentuk PDF bertajuk "PEDOMAN UMUM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU", adakah PDF ini hasil tulisan puan/Cik. saya minta maaf dan ingin bertanya bahan bacaan ini dari rujukkan mana dan penerbitan nya, saya ingin menjadikan rujukkan kajian saya,

    yang benar NORIZAN MAT DIAH

    BalasPadam