Inilah tugasan ku yang perlu
dilaksanakan. Walaupun sukar bagiku menghasilkan blog ini namun ku teruskan
usaha bagi menjayakannya kerana USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN.
Tarikh penilaian akhir pada 14
Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar
pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 15 November 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki
membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang
dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Syarat berikut perlu dipatuhi:
1. Pelajar
boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2. Pilihan
matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang
ditugaskan di sekolah.
3. Pastikan
nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di
muka hadapan blog. Blog yang
dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa
dikemaskini sebelum tarikh akhir
penilaian tugasan blog.
4. Blog perlu
mengandungi perkara-perkara berikut:
· Bahan pembelajaran seperti nota,
soalan latihan, aktiviti di dalam kelas
dan sebagainya.
· Gambar
· Audio
· Video
5. Libatkan
pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan
yang dipaparkan.
6. Sediakan
pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook,
Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.
Tugasan blog hendaklah dihantar
melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan
berdasarkan kriteria berikut:
KRITERIA
|
MARKAH
|
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
|
15%
|
Senireka blog dan kreativiti
|
10%
|
Pandangan dan komen daripada pelawat blog
|
5%
|
JUMLAH
|
30
|
PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama
sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh
dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.